24 Mei 2010

.: Terasa Ati ku :.

Sampai ati ..... uat aku cam nie... kenapa? mengapa? Patutkah aku dlayan begini..?
Selama ini ape yang aku uat sume salah... Entah betoii yang mana bg ........!!!! Kalo yang lain uat pd aku, xpe biaqkan aje tp bila aku uat pd mereka balik... mcm2 yang aku kena.... Ape sume nie...! Aku sanggup korbankan segala uat ..... tp inikah yang aku terima... Ati kecil aku menangis x sape yang tahu.... Sedih teramat sedih... Hidup aku sentiasa dengan kesedihan.... bagaikan kesedihan ini tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan aku seharian...
  • Mengapa???
  • Kenapa???

Haruskah aku lalui semua ini..???? Aku kecewa sekali kerna .... insan2 yg paling dekat dengan aku..... sayang seribu kali sayang.....

.:: Sodeehhh nyer aku ::.

  • Hati aku soodeehhh..... tp nape ekk? entah lar...
  • Adakah aku terasa dengan .....
  • Nape aku jadi mudah terasa sekarang nie?

Tapi ape yang penting ati aku memang sakit sekarang nie.... geeraammm....

12 Mei 2010

.: KenaNgaN YanG X KaN DiLuPaKan :.

Pada ari ahad 09 Mei 2010 adalah detik yang paling menakutkan aku dan hubby aku...

Pada ari itu aku dan hubby aku x kemana-mana sebab aku nk masak untuk suami tersayang, maklum lah ari cuti baru leh masak yang sedap2. Selepas aku masak, aku dan suami sedang beristirehat d ruang tamu tiba2 terdengar bunyi burung yang agak pelik yang sebelum ini aku tidak pernah mendengarnya dan ia bunyi agak lama. Hati aku mula terdetik yang tidak enak tapi aku tolak tepi perasaan itu.

Selepas burung itu diam, aku masuk semula k dapur untuk masak air gula yang sudah kehabisan. Sambil aku masak, aku hidangkan makan tengahari. Alhamdulillah, kenyang kami berdua. Aku teruskan keja aku d dapur dengan membasuh mangkuk pingan yang digunakan td manakala suami aku pula sedang asyik menonton tv. Kemudian aku terdengar jeritan suami "cepat,cepat" aku berkata pada suami aku kenapa...? Suami aku berkata lagi "cepat ambil kunci, cepat". Aku sangkakan d sangkar burung ade tebuan yang ingin makan pisang, rupa nya sangkaan aku salah belaka... Suami aku menjerit lagi "cepat gegar". Apabila aku dengar perkataan "GEGAR" aku terpaku seketika untuk memastikan ape yang dkatakan suami aku adakah benar. Setelah tersedar, aku terus mencapai hp kami berdua dan terus lari turun k bawah tanpa memikir air gula yang sedang aku masak d atas dapur td. Kali ini gegaran ini benar2 kuat sekali. Untuk pengetahuan kawan2 semua, sebelum ini pwn ia pernah berlaku akan tetapi jiran2 aku banyak yang tidak endahkan kerna mereka sudah biasa dengan keadaan sebegini. Tapi pada kali ini mereka yang lari dulu kerna gegaran ini memang kuat sehinggakan laci d rumah jiran aku masuk keluar, masuk keluar masuk jadi nya.... Fikirlah betapa kuatnya gegaran pada kali ini...

Semasa kami berada d bawah, ada segelintir jiran2 yang sedang memerhati dinding bangunan yang semakin retak akibat gegaran tersebut. Hampir 1 jam kami berada d bawah. Setelah jiran2 mula naik, aku dan suami pwn naik k rumah semula dengan perasaan bertakwakal pada Allah SWT atas ape yang berlaku. Setelah aku dan suami sampai d depan pintu rumah, ruang tamu aku kelihatan penuh dengan asap tebal yang berkepul-kepul keluar dr arah dapur k tingkap. Aku bertanya pada suami aku, kenapa rumah kita penuh dengan asap? Dalam perasaan takut aku membuka pintu manakala suami aku menggantung sangkar burung d depan rumah semula. Apabila aku masuk aku dapati dapur aku penuh dengan api yang kian marak di ruang kicthen kabinet. Aku dengan kuat menjerit api, api, api.... Aku pantas mengambil setimba air lalu mencurah k atas api yang kian marak itu. Setelah suami aku dengar, dia pantas berlari k arah aku dan membantu aku menyimbah air k arah api. Pada masa itu, banyak jiran2 aku datang membantu. Syukuralhamdulillah, jiran2 aku banyak membantu aku dan suami semasa kebakaran. Dalam masa yang sama, adik aku pula sampai. Pada masa itu, aku hampir pengsan setelah menyedari dapur umah aku terbakar. Aku lari masuk k bilik supaya kesedihan aku tidak dlihat oleh suami. Aku tak dapat bayangkan betapa sedih, takut dan bermacam-macam perasaan dapat aku rasai ketika itu.

Dalam masa itu juga, kehadiran pemberita dari RTM datang untuk menemuramah aku dan suami. Setelah pemberita itu pulang, ramai ahli keluarga aku dan suami hadir untuk menziarah kami. Aku dan suami berasa amat bersyukur kerna kami selamat dan kebakaran itu hanya d ruang dapur sebelah atas sahaja. Seandainya ia marak dengan cepat kemungkinan tong gas jugak akan meletup. Syukur kerna kami cepat naik k atas. Malam itu aku dan suami sama sekali tidak dapat melelapkan mata kerna perasaan takut dan berdebar-debar atas ape yang telah berlaku pada siang hari. Pada keesokkan harinya, aku dan suami tidak bekerja, kami sama-sama membersihkan kekotoran akibat kebakaran yang berlaku itu. Sehingga ari nie, kami sama sekali mempunyai perasaan takut dan terkejut dengan ape yang telah berlaku. Insyaallah, aku dan suami akan berhati-hati dalam perkara sebegini.