7 Disember 2012

~ BeRitA Di PaGi JuMaAt ~

Syukuralhamdulillah ku panjatkan di pagi jumaat nie....

Setelah susah penat aku berusaha akhir nya aku berjaya miliki barang yg ayah ku cari selama nie.... Walau pwn dimata kasar kakitangan jabatan tersebut menganggap aku sebagai jahat tp aku berpuas hati dengan  hasil yang aku miliki atas daya usaha aki sendiri. Sebelum nie aku ditendang bagaikan bola ke sana sini untuk mencari "barang" tersebut. Aku dipandang serong oleh kakitangan jabatan tersebut tp itu semua aku tolak tepi kerana aku jgak seorang kakitangan kerajaan seperti mereka walaupun berlainan jabatan.

Dengan ayah aku boleh mereka permainkan dan tindas dengan pelbagai alasan kerana ayah aku seorang kakitangan bawahan sahaja jika nk dibandingkan dengan mereka. Dengan senang mereka tindas pekerja bawahan ini. INGATLAH bahawa jangan sesekali anda menindas pekerja bawahan kerana suatu hari nanti siapa tahu anak2 kita pula bekerja sebagai pekerja bawahan. Pekerja bawahan juga mempunyai hati n perasaan seperti manusia lain.

Selepas aku buntu memikirkan cara dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini, akhir nya aku membuat keputusan mengirim sepucuk surat kepada Y** jabatan tersebut. Dalam masa dua hari mereka mengambil tindakan dalam kes ini. Masuk hari ke-3, awal jam 8 pagi aku mencapat panggilan daripada jabatan tersebut dan dimaklumkan bahawa "barang" tersebut telah dijumpai. Sila datang ke jabatan tersebut untuk mengambil barang tersebut. Rupa2 nya "barang" yang aku cari selama ini memang sah dihantar ke alamat yang betul cuma mereka malas nk cari agak nyer simpan ikut depa aje... Setelah di siasat, "barang" tersebut ada di stor .... Patutkah "barang " tersebut disimpan di sana????? Musykil aku dibuatnya.

Pa pun aku bersyukur sangat2 dan berterima kasih kepada mereka2 yang terlibat dalam membantu aku mencari "barang" tersebut.

Aku gumbira sgt2 hari nie... Lapang rasa dada nie...

Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan