24 Mei 2010

.: Terasa Ati ku :.

Sampai ati ..... uat aku cam nie... kenapa? mengapa? Patutkah aku dlayan begini..?
Selama ini ape yang aku uat sume salah... Entah betoii yang mana bg ........!!!! Kalo yang lain uat pd aku, xpe biaqkan aje tp bila aku uat pd mereka balik... mcm2 yang aku kena.... Ape sume nie...! Aku sanggup korbankan segala uat ..... tp inikah yang aku terima... Ati kecil aku menangis x sape yang tahu.... Sedih teramat sedih... Hidup aku sentiasa dengan kesedihan.... bagaikan kesedihan ini tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan aku seharian...
  • Mengapa???
  • Kenapa???

Haruskah aku lalui semua ini..???? Aku kecewa sekali kerna .... insan2 yg paling dekat dengan aku..... sayang seribu kali sayang.....

.:: Sodeehhh nyer aku ::.

  • Hati aku soodeehhh..... tp nape ekk? entah lar...
  • Adakah aku terasa dengan .....
  • Nape aku jadi mudah terasa sekarang nie?

Tapi ape yang penting ati aku memang sakit sekarang nie.... geeraammm....

12 Mei 2010

.: KenaNgaN YanG X KaN DiLuPaKan :.

Pada ari ahad 09 Mei 2010 adalah detik yang paling menakutkan aku dan hubby aku...

Pada ari itu aku dan hubby aku x kemana-mana sebab aku nk masak untuk suami tersayang, maklum lah ari cuti baru leh masak yang sedap2. Selepas aku masak, aku dan suami sedang beristirehat d ruang tamu tiba2 terdengar bunyi burung yang agak pelik yang sebelum ini aku tidak pernah mendengarnya dan ia bunyi agak lama. Hati aku mula terdetik yang tidak enak tapi aku tolak tepi perasaan itu.

Selepas burung itu diam, aku masuk semula k dapur untuk masak air gula yang sudah kehabisan. Sambil aku masak, aku hidangkan makan tengahari. Alhamdulillah, kenyang kami berdua. Aku teruskan keja aku d dapur dengan membasuh mangkuk pingan yang digunakan td manakala suami aku pula sedang asyik menonton tv. Kemudian aku terdengar jeritan suami "cepat,cepat" aku berkata pada suami aku kenapa...? Suami aku berkata lagi "cepat ambil kunci, cepat". Aku sangkakan d sangkar burung ade tebuan yang ingin makan pisang, rupa nya sangkaan aku salah belaka... Suami aku menjerit lagi "cepat gegar". Apabila aku dengar perkataan "GEGAR" aku terpaku seketika untuk memastikan ape yang dkatakan suami aku adakah benar. Setelah tersedar, aku terus mencapai hp kami berdua dan terus lari turun k bawah tanpa memikir air gula yang sedang aku masak d atas dapur td. Kali ini gegaran ini benar2 kuat sekali. Untuk pengetahuan kawan2 semua, sebelum ini pwn ia pernah berlaku akan tetapi jiran2 aku banyak yang tidak endahkan kerna mereka sudah biasa dengan keadaan sebegini. Tapi pada kali ini mereka yang lari dulu kerna gegaran ini memang kuat sehinggakan laci d rumah jiran aku masuk keluar, masuk keluar masuk jadi nya.... Fikirlah betapa kuatnya gegaran pada kali ini...

Semasa kami berada d bawah, ada segelintir jiran2 yang sedang memerhati dinding bangunan yang semakin retak akibat gegaran tersebut. Hampir 1 jam kami berada d bawah. Setelah jiran2 mula naik, aku dan suami pwn naik k rumah semula dengan perasaan bertakwakal pada Allah SWT atas ape yang berlaku. Setelah aku dan suami sampai d depan pintu rumah, ruang tamu aku kelihatan penuh dengan asap tebal yang berkepul-kepul keluar dr arah dapur k tingkap. Aku bertanya pada suami aku, kenapa rumah kita penuh dengan asap? Dalam perasaan takut aku membuka pintu manakala suami aku menggantung sangkar burung d depan rumah semula. Apabila aku masuk aku dapati dapur aku penuh dengan api yang kian marak di ruang kicthen kabinet. Aku dengan kuat menjerit api, api, api.... Aku pantas mengambil setimba air lalu mencurah k atas api yang kian marak itu. Setelah suami aku dengar, dia pantas berlari k arah aku dan membantu aku menyimbah air k arah api. Pada masa itu, banyak jiran2 aku datang membantu. Syukuralhamdulillah, jiran2 aku banyak membantu aku dan suami semasa kebakaran. Dalam masa yang sama, adik aku pula sampai. Pada masa itu, aku hampir pengsan setelah menyedari dapur umah aku terbakar. Aku lari masuk k bilik supaya kesedihan aku tidak dlihat oleh suami. Aku tak dapat bayangkan betapa sedih, takut dan bermacam-macam perasaan dapat aku rasai ketika itu.

Dalam masa itu juga, kehadiran pemberita dari RTM datang untuk menemuramah aku dan suami. Setelah pemberita itu pulang, ramai ahli keluarga aku dan suami hadir untuk menziarah kami. Aku dan suami berasa amat bersyukur kerna kami selamat dan kebakaran itu hanya d ruang dapur sebelah atas sahaja. Seandainya ia marak dengan cepat kemungkinan tong gas jugak akan meletup. Syukur kerna kami cepat naik k atas. Malam itu aku dan suami sama sekali tidak dapat melelapkan mata kerna perasaan takut dan berdebar-debar atas ape yang telah berlaku pada siang hari. Pada keesokkan harinya, aku dan suami tidak bekerja, kami sama-sama membersihkan kekotoran akibat kebakaran yang berlaku itu. Sehingga ari nie, kami sama sekali mempunyai perasaan takut dan terkejut dengan ape yang telah berlaku. Insyaallah, aku dan suami akan berhati-hati dalam perkara sebegini.

13 April 2010

~~~ Tempat Baru ~~~

Azam baru bagi tempat yang baru jugak... Begini lah situasi apabila d tempat yang baru ini.... Pada mulanya memang rasa kekok @ tidak selesa dengan keadaan di sekeliling kita namun perasaan itu harus d tepis sama sekali kerana lumrah kita di tempat baru. Namun ku sentiasa panjatkan doa semoga kejayaan terus d sisi aku selalu walaupun dimana aku berada ::::::


Alhamdulillah, buat masa ini aku dapat menjalankan tugas-tugas aku seperti biasa.... D sini ketenangan yang aku terima... Bebanan kerja seperti biasa la... Nama pun kerja kan... Yang penting keseronokan bekerja...


~~~ Bahagia Yang Tak Terucap ~~~

Aku benar2 bahagia dengan situasi begini..... Semakin ari aku berasa tenang sekali dengan keadaan ini.... Syukuralhamdulillah, saat yang aku impikan selama nie..... Aku harap ia akan terus, terus, terus, terus dan terus memberikan sinar kebahagian n cahaya baru dalam hidup aku n my loving hubby....
Kami umpama burung yang terbang bebas d awam biru.... begitu lah kami sekarang ini... Aku harap dengan kebahagiaan yang sedang kami lalui ini, ia akan dapat mencapai satu matlamat kami... hehehehe.... agak nyer ape ekkkk? adalah lar..

30 Mac 2010

~~ Selepas Ubah Suai Umah ~~

Tandas rumah... Ruang nyer kecil jadi kami xleh nk letak barang banyak2... t semak lak...


Bilik utama... baru letak almari je... Benda yang lain xsempat g.... Insyaallah akan datang...

Hubby nk jgak bawa burung kesayangan dia masuk umah baru.... walaupun xde tempat nk gantung tp atas permintaan hubby kat bapa mertua maka terpaksa lar jgak bapa mertua eina uat jgak....



Senang sikit sebab kichten kabinet ade sekali rak susun pinggan mangkuk.. huhuhu.. Bak kata memudahkan keja eina jee...


Penyedut asap pwn baru pasang semalam jgak... Simple je.. Beli time sale kat Suria Jerai Elektrik Bhd.


Pintu besi yang dipilih oleh abang ipar... Gambar malam jadi xbape nampak sangat corak nyer....


Kolah air... Kami berkenan sangat sebab nampak sejuk je... Batu bukit ditanam.... cantik lak... Harga x kisah janji hati dah berkenan...huhuhuhu

Kerusi yang baru dibeli..... Simple je kan... Cantik x......


Kipas angin yang baru dipasang.... Issshhhh3 susah tol nk cari kipas angin yang pendek... Bukan ape t kalo pasang yang panjang alamak nyer kudung lar tangan sape yang datang k umah kami nie...


Nie lah ruang tamu umah kami.... ini pwn belum siap sepenuhnya lagi... Kabinet tv lom beli g...


Ayat Al-Quran yang kami beli d Pesta 2009... Asyik pilih nyer pilih sampaikan xnampak ade border satu g xde border... bila dh siap pasang baru eina nampak... ketawa besar lar kami... pakat kena perli... tp xpelah janji ati dah berkenan...



Pintu yang dipasang semalam. Ayat Al-Quran same gak beli kat Pesta 2009.... Tp yang nie xde ape2 komen sebab semua nyer ok....


Dapur yang baru dipasang tp xguna g.... Xsabar nie, nk guna dah.... kemaruk sgt nk masak.. Al maklum lah dh lame xmasak kat my hubby.... Bahan2 semua dh beli tau cuma tgu nk masak jee...


Dapur n hook yang baru dipasang semalam...

26 Mac 2010

~~ Sedih Kian Hilang ~~

Syukuralhamdullah, semakin ari aku semakin tenang n gumbira pabila menghadapi ari2 yg penuh dengan onar n duri.... Semua nie dengan kuasa Allah swt juga.. Tanpa IA siapa lah aku d muka bumi ini...


Kini, aku sibuk mengemas umah maklum lar kan baru pindah umah lar kata kan... tp bagus jgak semakin sibuk semakin terlupa aku akan kejadian "ngeri" itu... Itu adalah saat2 cemas yang telah aku lalui sepanjang aku menjalani kehidupan ini... tp aku redha dengan ketentuan NYA terhadap aku n suami... Semua itu ada hikmah d sebalik nya...


Benarkah kata2 ia kepada ......???? walaupun ia d sampaikan oleh insan yang amat aku sayangi n cintai....boleh kah aku mempercayai kata2 itu???? Adakah ia sekadar lakonan semata-mata atau ia sekadar mimpi saja... Terus terang aku katakan bahawa aku sudah tidak mempercayai nya lagi setelah berlakunya kejadian "ngeri" itu...

  • Sampai bila ia akan terus berlaku????

  • Sampai bila aku harus bersabar???

  • Sampai bila aku perlu berdiam???

  • Sampai bila aku harus mememdam rasa???
Patutkah aku menerima nasib yang begini???? Bila difikirkan semula kenapa aku yang harus menerima nyer...!!! Ape salah aku???? Bila difikirkan ia penuh dengan 1001 tanda tanya yang sentiasa merunsingkan aku....