19 Disember 2012

.:: BiiiiZiii TiMe ::.

Haiiii, lama nye aku xmenconteng kt sini.

Maklumlah hujung tahun adalah masa paling biiziii. Mana x nya, byk lg aku x update bayaran pelajar emas. byk sungguh haaa hampir mencecah 11,100 pelajar beb. mana larat aku sorang terpaksa lah uat gotong royong... Alhamdulillah geng2 pembangunan masyarakat semua ringan tulang leh tolong geng2 yang memerlukan bantuan. Kalo nk tau itulah kelebihan WARGA PEMBANGUNAN MASYARAKATdi DTL.

Belum abis update dh bulan Jan 2013 nie ada lg bayaran. Sempat ka aku nk prepare tok bulan jan 2013 nie... addduuusss.... byk jgak payment kali nie tp xsebanyak yg baru nie lar....  iissshhhh...

Xabis daripada tue dh mai pulak payment taklimat pilihanraya. nk kena tgok payment tue plak dalam masa yang sama... aku nie asyik dengan duit je tp bukan duit sendiri duit org... Alangkah baik nye kalo duit itu duit milik aku... hhhaaa lega rasa nye hahahahhkkkk.... angan2 la plak...

14 Disember 2012

** SeBeLuM EnGkaU HaLaL BaGi Ku**

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan "Sebaik-baik wanita adalah wanita yang tidak memandang dan dipandang"

Jika kau merasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar sejuta lelaki, bukan kemuliaan bagimu...

Jika kau merasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki siapa saja..

Muliakan dirimu dengan taqwa setanding mutiara Zabarjad yang hanya dimiliki penghuni syurga...

13 Disember 2012

** MenCarI hAtI **

Carilah Hatimu Di Tiga Tempat Iaitu :-

1)     Hatimu Ketika Mendirikan Solat


2)     Hatimu Ketika Membaca Al-Quran


3)     Hatimu Ketika Mengingatkan Mati



Tetapi

Jika Tak Ditemui Hati Kamu Ditiga Tempat Ini Maka :-

Berdoalah Kepada ALLAH, Agar Diberikanmu Sekeping Hati, Supaya Dapat Kami Menjadikan 3 Amalan Tadi Dengan Tulus Dan Ikhlas

** MuhAsaBaH DirI **

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Marilah kita sama-sama lakukan amalan ini supaya ia menjadi amalan wajib kita seharian...

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara Bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat

Seandainya kita ingin masuk syurga kita perlulah sentiasa mengamalkan sikap memaafkan dan menghalalkan apa2 ilmu, makanan dan apa jua supaya kita tidak terhalang daripada jalan ke syurga.

Mulakan ia sebagai satu permulaan perubahan untuk kita melangkah ke Tahun 2013... Mulakan dengan azam baru di Tahun Baru...

7 Disember 2012

~ BeRitA Di PaGi JuMaAt ~

Syukuralhamdulillah ku panjatkan di pagi jumaat nie....

Setelah susah penat aku berusaha akhir nya aku berjaya miliki barang yg ayah ku cari selama nie.... Walau pwn dimata kasar kakitangan jabatan tersebut menganggap aku sebagai jahat tp aku berpuas hati dengan  hasil yang aku miliki atas daya usaha aki sendiri. Sebelum nie aku ditendang bagaikan bola ke sana sini untuk mencari "barang" tersebut. Aku dipandang serong oleh kakitangan jabatan tersebut tp itu semua aku tolak tepi kerana aku jgak seorang kakitangan kerajaan seperti mereka walaupun berlainan jabatan.

Dengan ayah aku boleh mereka permainkan dan tindas dengan pelbagai alasan kerana ayah aku seorang kakitangan bawahan sahaja jika nk dibandingkan dengan mereka. Dengan senang mereka tindas pekerja bawahan ini. INGATLAH bahawa jangan sesekali anda menindas pekerja bawahan kerana suatu hari nanti siapa tahu anak2 kita pula bekerja sebagai pekerja bawahan. Pekerja bawahan juga mempunyai hati n perasaan seperti manusia lain.

Selepas aku buntu memikirkan cara dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini, akhir nya aku membuat keputusan mengirim sepucuk surat kepada Y** jabatan tersebut. Dalam masa dua hari mereka mengambil tindakan dalam kes ini. Masuk hari ke-3, awal jam 8 pagi aku mencapat panggilan daripada jabatan tersebut dan dimaklumkan bahawa "barang" tersebut telah dijumpai. Sila datang ke jabatan tersebut untuk mengambil barang tersebut. Rupa2 nya "barang" yang aku cari selama ini memang sah dihantar ke alamat yang betul cuma mereka malas nk cari agak nyer simpan ikut depa aje... Setelah di siasat, "barang" tersebut ada di stor .... Patutkah "barang " tersebut disimpan di sana????? Musykil aku dibuatnya.

Pa pun aku bersyukur sangat2 dan berterima kasih kepada mereka2 yang terlibat dalam membantu aku mencari "barang" tersebut.

Aku gumbira sgt2 hari nie... Lapang rasa dada nie...

Amin...

26 November 2012

.:: KesEdiHaN Atas KehiLanGan ::.

Innalillahiwainnailaihirojiun....

Salam takziah buat keluarga Mohd Firdaus bin Mohd Ghaouse di atas kehilangan ayahda yang tersayang pada 24 November 2012. Pemergian pakcik amat dirasai oleh aku sekeluarga. Sabtu pagi kami bergegas ke Taman Meru, Jelapang, Ipoh Perak pada jam 8.15 pagi. Kami sampai pada jam 10.00 pagi tapi malang nye apabila kami tiba jenazah sedang diusung keluar ke surau untuk menunaikan solat jenazah. x sempat langsung kami nk tatap wajah pakcik uat kali terakhirnya. Terlalu cepat jenazah arwah di uruskan.

Aku hairan betoi dengan cara urus jenazah di perak jika nk dibandingkan dengan kita di penang nie. Kita macam2 ada boh kapas, muka tutup dgn kapas, boh minyak attar, boh kopiah, pakaikan celak, tabur bunga n macam2 lagi tp di perak apa pwn xde. Iiissshhhhh...

Subahanaallah, wajah jenazah berseri-seri sungguh, wajah nya berair, tersenyum dan senang sungguh pemergian nye. Beruntungnya arwah...

Mudah-mudahan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Amin.
Ai- Fatitah

21 November 2012

.:: MoOd CuTi ::.

Aku n family baru aje lepas bercuti.. tenangkan minda n happykan diri bersama family. Aku n family g ipoh, perak bercuti d uamh kakak. Walaupun xbanyak tempat yg kami p, tapi yang penting enjoy. Xleh jalan2 jauh coz abg ipar keja, my sis xpandai sgt jalan area ipoh. Asyik p Jusco, Station 18 n Tecso je tp sempatlah juga p mandi manda di Kompleks Kolam Renang, Ipoh Perak... Hahahakkkk.... teman anak mandi je... Dok pwn kolam budak jadilah... Nk p mandi kt Chepor, tak berkesempatan. Lain kali aje lah. Xde rezeki... hihihihihi.... xpe lepas nie planning baik nyer. kumpul duit pastue leh jalan jauh sikit....